Monday, May 17, 2010

Gotong-Royong Sekitar TDK


Seksyen35, 9 Mei: Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 14 bersama-sama penduduk Taman Desa Kemuning telah mengadakan program gotong-royong di sekitar taman tersebut. Tujuan program ini menyahut kempen yang dijalankan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) iaitu memastikan tiada sebarang pembiakan nyamuk aedes dan memastikan matlamat “Zon Bersih” tersebut tercapai. Pappa Raidu yang merupakan Ahli Majlis bagi Zon 14 berkata aktiviti ini perlu kerap dijalankan sekurang-kurangnya setahun dua kali oleh penduduk setempat bagi memastikan kebersihan kawasan persekitaran terkawal dan juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat setempat.


Majlis yang bermula pada jam 7.30 pagi dengan melakukan senaman ”Poco-poco” dan berakhir sekitar jam 11 pagi. Sambutan daripada penduduk setempat amat menggalakkan sehinggakan kehadiran penduduk sekitar 100 orang tanpa mengira batasan umur dan kaum. Diakhir majlis Pappa Raidu menyampaikan sedikit cenderahati kepada mereka yang bertuah selepas memberi komitmen sepenuhnya sehingga akhir majlis gotong-royong ini.








No comments:

Post a Comment