Tuesday, February 7, 2012

Selamat Menempuh Alam Rumahtangga

Kesempatan ini ahlijawatankuasa Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 14 mengucapkan syabas dan tahniah kepada Liana dan pasangannya Hazrul yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 11 Feb 2012 ini. Majlis pernikahan mereka akan berlangsung pada 10 Feb 2012 (Jumaat) di Surau Al Muhtaddin Tmn Desa Kemuning Sek 35 selepas solat Isyak. Liana merupakan Bendahari PeBT Zon 14 yang merupakan seorang yang bergiat aktif dalam PeBT semenjak PeBT diwujudkan. Semoga kasih sayang yang dibentuk kekal hingga akhir hayat dan terus memberi sumbangan terhadap program kemesyarakatan selepas mendirikan rumahtangga.

Sunday, February 5, 2012

Sekitar Sambutan Maulid di Masjid Al Falah

Masjid Al Falah Seksyen 25 menyambut secara besar-besaran Sambutan Maulidur Rasul 1433H dengan mengadakan perarakan yang disertai oleh sekolah-sekolah berhampiran serta surau-surau dibawah kariah masjid tersebut. Kemuncak program tersebut dengan mengadakan forum Maulid di sampaikan oleh Ybhg Dato' Hasan Mahmud Al Hafiz.

Penceramah Jemputan Al Fadhil Dato Hasan Mahmud Al Hafiz

Antara tetamu yang hadir mendengar forum Maulid

Ucapan aluan oleh YB Suhaimi Shafie ADUN Sri Muda dan YB Dr Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja


Saturday, February 4, 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW

Ahli jawatankuasa Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 14 mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW kepada semua Muslimin dan Muslimat. Semoga Rasulullah tetap dihati kita