Monday, May 31, 2010

Part 2: Lumba Halal

Acara Sprint Race

Ahli Keluarga turut memberi sokongan

Penonton menyaksikan perlumbaan yang berlangsung

Gambar kenangan bersama YB Dr Siti Mariah Mahmud

Pelumba terpantas





Sunday, May 30, 2010

Kemeriahan Lumba Halal

Majlis Penutup

Pemenang acara Sprint Race

28 Mei, Shah Alam: PeBT & MPP Zon 14 telah melakar sejarah mengadakan program "Lumba Halal" atau perlumbaan go-kart di litar go-kart circuit Shah Alam. Program ini bertujuan menggilap bakat muda dalam dunia sukan permotoran selain memberi alternatif kepada anak muda daripada terjebak dengan lumba haram yang membahayakan.


Taklimat keselamatan daripada pihak go-kart


Program ini telah disempurnakan majlis penutupnya oleh YB Dr Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja. Beliau memaklumkan program ini sangat berguna kepada anak muda supaya memanfaatkan masa terluang dengan perkara yang berfaedah. Program ini perlu diperluaskan kepada golongan sasar yang lebih luas supaya dapat memanfaatkan segala kemudahan yang ada di Negeri Selangor.


Memerhatikan catatan masa bagi pasukan masing-masing


Program ini juga telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Selangor dan Sekteriat Belia Negeri Selangor (SBNS) yang sudi hadir untuk membuat pameran sepanjang program dijalankan. Semasa program ini dijalankan pihak penganjur berjaya mendaftarkan seramai 15 orang pengundi baru iaitu dikalangan belia yang layak sebagai pemilih.


Pameran daripada pihak JKJR


Format perlumbaan kali ini ialah terbahagi kepada 2 kategori iaitu Endurance Race iaitu secara berkumpulan dan Sprint Race iaitu individu. Berikut keputusan perlumbaan tersebut:



Endurance Race:

Johan : Team Malaysia
N.Johan : Team Jetron
Ketiga : Team Gastrol

Sprint Race:

Johan : Sdr Alif Omar
N. Johan : Sdr Khairul Akmal
Ketiga : Sdr Zulfariq

Wednesday, May 26, 2010

Sijil Penyertaan "Lumba Halal"

Sijil yang bakal diterima oleh peserta di "Lumba Halal"

Souvenier Menanti Peserta Lumba Halal

DAFTAR SEGERA !!!!
Beg Serbaguna yang boleh dibawa kemana-mana

Bekas Minuman Multifunction


Cenderahati untuk VIP



Monday, May 17, 2010

Lumba Halal


Nantikan Kemunculannya Hujung Bulan Ini...
Apa tunggu lagi...
Daftar Segera !!!

Gotong-Royong Sekitar TDK


Seksyen35, 9 Mei: Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 14 bersama-sama penduduk Taman Desa Kemuning telah mengadakan program gotong-royong di sekitar taman tersebut. Tujuan program ini menyahut kempen yang dijalankan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) iaitu memastikan tiada sebarang pembiakan nyamuk aedes dan memastikan matlamat “Zon Bersih” tersebut tercapai. Pappa Raidu yang merupakan Ahli Majlis bagi Zon 14 berkata aktiviti ini perlu kerap dijalankan sekurang-kurangnya setahun dua kali oleh penduduk setempat bagi memastikan kebersihan kawasan persekitaran terkawal dan juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat setempat.


Majlis yang bermula pada jam 7.30 pagi dengan melakukan senaman ”Poco-poco” dan berakhir sekitar jam 11 pagi. Sambutan daripada penduduk setempat amat menggalakkan sehinggakan kehadiran penduduk sekitar 100 orang tanpa mengira batasan umur dan kaum. Diakhir majlis Pappa Raidu menyampaikan sedikit cenderahati kepada mereka yang bertuah selepas memberi komitmen sepenuhnya sehingga akhir majlis gotong-royong ini.








Sukan PeBT/MPP: Bola Tampar

Seksyen 19: Sempena ulangtahun ke 10 MBSA, MBSA bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di 24 Zon yang terdapat di Shah Alam akan mengadakan Pesta Sukan MPP/PeBT.



Kejohanan sukan pertama yang berlangsung adalah sukan bola tampar pada 8-9 Mei yang lalu di Dewan MBSA Seksyen 19. Bagi pasukan bola tampar Zon 14 telah menghantar sebuah pasukan lelaki yang dikendalikan oleh jurulatih Sdr Fauzi. Walaupun tewas di peringkat separuh akhir, tetapi kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pemain sangat membanggakan. Pasukan zon 14 hanya berjaya mendapat tempat ke-4 bagi kejohanan kali ini.

Senarai pemain bagi bola tampar kali ini ialah MOHD FAIZ B. HAMZAH, MUHD KHAIRUL B. A.RAJAK, MOHD IZAT HAFIZULLAH B. M.RAFI, ZAHID B. ROSLI, AZIM FARIS B. ABD. RAHIM, AZRI B. MATSUKI, MUHD SYUKRI B. ASHMIR WONG, MUHD LUTFI B. ZAHID, OTHMAN B. OMAR, AZMI B. AHAMAD RAPANI, MUHAMAD ‘AFIF B. MOHD ALI dan MOHD NORHAKIMI B. MD YAMAN.


TAHNIAH kepada semua pemain daripada AJK MPP dan PeBT Zon 14

Klinik Pemanduan Berhemat


TDK, 12 Dis 2009: PeBT Zon 14 sekali lagi mengadakan program khusus untuk belia-belia di Tmn Desa Kemuning iaitu Klinik Pemanduan Berhemat dengan kerjasama Alternative Riding Club (ARC) Selangor. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim yang telah dibina sekian lama disamping memberi pendedahan kepada anak muda khususnnya dengan menyertai program yang dianjurkan akan dapat mengisi masa lapang disamping dapat mengelakkan dari berlakunya masalah sosial yang semakin membimbangkan.


Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan oleh para belia iaitu seramai 37 orang peserta lelaki dan 6 orang peserta perempuan. Antara teknik yang diajar oleh pengendali ARC iaitu EMERGENCY BRAKES, SLOWNESS, FASTERS dan EYES POSTURE.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Shuhaimi Shafie Adun Sri Muda dan perasmian penutup oleh En Azmi Jusoh Pegawai Khas kepada YB Dr Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja. Turut hadir pada majlis penutup ialah En Rauf selaku Pengurus MBSA cawangan Kota Kemuning

Kejohanan Futsal PeBT MBSA

Sport Planet Sek 16: Pasukan futsal PeBT Zon 14 telah menghantar pasukannya ke pertandingan kejohanan futsal antara PeBT di sekitar MBSA. Program kerjasama antara Sekteriat Belia Negeri Selangor (SBNS), Jabatan Koprat MBSA dan seluruh PeBT di Shah Alam telah mendapat sambutan yang agak luar biasa. Sebanyak 24 zon di bawah MBSA telah mengahantar wakil masing-masing.

Bagi Zon 14 yang telah diketuai oleh Sdr Ungku Khairul Fadzli yang juga AJK PeBT Zon 14 telah memenangi Naib Johan bagi kejohanan futsal kali ini. Walaupun tewas di peringkat akhir pada zon 6, pasukan bidan terjun ini mampu bermain baik sejak dari persaingan kumpulan lagi.
Pemain-pemain bagi zon 14 diwakili oleh Mohamad Hanif bin Miswan, Muhammad Shukri bin Mat Pilus, Mohd Zairul Faiz bin Zainuddin, Zulhilmi Roslan, Roshan A/L Delip Singh, Norsyuhaimy b Abd Shukor, Zufardi b Zakaria dan Rajendran @ Raju.

Tahniah diucapkan kepada pasukan futsal PeBT Zon 14 yang diketuai oleh Sdr Ungku Khairul Fadzli

Kursus Kepimpinan PeBT 2009

Kuala Kubu, 2009: Kursus Kepimpinan Penggeraka Belia Tempatan (PeBT) pertama yang dianjurkan oleh pihak UPEN, SUK telah diadakan di Kem Belia Ampang Pechah 7-8 November 2009.

Program ini melibatkan beberapa PBT di seluruh negeri Selangor bagi menjelaskan dasar penubuhan PeBT oleh kerajaan Negeri Selangor. PeBT Zon 14 telah menghantar pengerusi PeBT Zon 14 sendiri iaitu Sdr Imran Satiman dan Sdri Nurul Liana selaku bendahari ke kursus kali ini.

Walaupun masa kursus begitu singkat, matlamat program ini secara dasarnya tercapai dan dapat merapatkan ukhuwah sesama penggerak belia yang lain khususnya di bawah seliaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).