Thursday, December 20, 2012

Cabaran Sepak Takraw 2012

Seksyen 35: Penggerak Belia Tempatan Zon 14 (PeBT14) telah mengadakan kejohanan Sepak Takraw peringkat Parlimen Kota Raja dengan mengumpulkan seramai 60 peserta iaitu 15 regu. Juara membawa pulang wang tunai sebanyak RM600 beserta medal dan trofi, naib johan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300 dan medal, tempat ketiga dan keempat membawa pulang wang tunai sebanyak RM100 beserta medal. 

 Antara urusetia dan pengadil




 Trofi dan medal pertandingan


 Aksi-aksi peserta


 Naib Johan regu Baik Der

 Johan regu Sg Kandis



Sunday, October 28, 2012

Sekitar Qurban PeBT Dun Sri Muda

Sri Muda: Pada tahun 2012 Penggerak Belia Tempatan (PeBT) DUN Sri Muda bersama pejabat Dun Sri Muda telah mengadakan ibadah Qurban bertempat di Surau Al Muhtadin Taman Desa Kemuning Seksyen 35 Shah Alam. Seekor lembu telah disumbangkan oleh YB Shuhaimi Shafie pada hari tersebut. Program ini bertujuan melibatkan anak muda dan pemimpin belia bersama-sama masyarakat dalam menjayakan iabadah qurban. Sebanyak 4 ekor lembu telah ditumbangkan pada hari tersebut yang bermula jam 10 pagi selepas solat Hari Raya Aidil Adha. Berikut suasana sepanjang program berlangsung:

 YB Shuhaimi turut bersama-sama dengan petugas

 Antara Pengerusi PeBT yang hadir

 Sukarelawan belia yang turut hadir

 Petugas belia dan Ahlijawatankuasa Surau yang terlibat


 Pengerusi Surau Hj Baduwi tengah meyembelih lembu qurban




 Pengagihan daging qurban oelh petugas



Sunday, August 5, 2012

Santai Anak Muda Peringkat Selangor

Nantikan kemunculannya. Ayuh anak muda Selangor datang beramai-ramai


Sunday, June 10, 2012

Sekitar Fiesta Joran 2012

 En Sebastine Rao Ahli Majlis MBSA Zon 14 turut hadir ke Fiesta Joran

 Ahli keluarga yang turut hadir memberi sokongan kepada kaum bapa

 Bro Lanun berjaya menaikkan ikan pacu seberat 5.5kg

 Ashok berjaya menaikkan ikan patin seberat 4.3kg

 Antara peserta yang sabar menunggu hasil tangkapan


 En Sebastine menemuramah peserta yang hadir



 Tempat ke 10 Sdr Fadzil

 Tempat ke 9 Wak Husin






 Johan Sdr Cucur berjaya menaikkan ikan Tongsan seberat 10.785kg


Wednesday, June 6, 2012

Fiesta Joran 2012 Kembali


Fiesta Joran 2012 kini kembali. Menawarkan hadiah menarik. Terbuka kepada semua kaki pancing. Penyertaan masih dibuka. Peserta awal akan menikmati hadiah menarik daripada penganjur

Sunday, April 1, 2012

Solat Jumaat di Surau Al-Muhtadin

Semua Muslimin sekitar kariah Surau Al-Muhtadin perlu mewar-warkan kepada semua penduduk sekitarnya bagi memastikan kehadiran ke Surau Al-Muhtadin yang telah diberi kebenaran oleh JAIS bagi menunaikan Solat Jumaat pada 6 April 2012.

Tuesday, February 7, 2012

Selamat Menempuh Alam Rumahtangga

Kesempatan ini ahlijawatankuasa Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 14 mengucapkan syabas dan tahniah kepada Liana dan pasangannya Hazrul yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 11 Feb 2012 ini. Majlis pernikahan mereka akan berlangsung pada 10 Feb 2012 (Jumaat) di Surau Al Muhtaddin Tmn Desa Kemuning Sek 35 selepas solat Isyak. Liana merupakan Bendahari PeBT Zon 14 yang merupakan seorang yang bergiat aktif dalam PeBT semenjak PeBT diwujudkan. Semoga kasih sayang yang dibentuk kekal hingga akhir hayat dan terus memberi sumbangan terhadap program kemesyarakatan selepas mendirikan rumahtangga.

Sunday, February 5, 2012

Sekitar Sambutan Maulid di Masjid Al Falah

Masjid Al Falah Seksyen 25 menyambut secara besar-besaran Sambutan Maulidur Rasul 1433H dengan mengadakan perarakan yang disertai oleh sekolah-sekolah berhampiran serta surau-surau dibawah kariah masjid tersebut. Kemuncak program tersebut dengan mengadakan forum Maulid di sampaikan oleh Ybhg Dato' Hasan Mahmud Al Hafiz.

Penceramah Jemputan Al Fadhil Dato Hasan Mahmud Al Hafiz

Antara tetamu yang hadir mendengar forum Maulid

Ucapan aluan oleh YB Suhaimi Shafie ADUN Sri Muda dan YB Dr Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja