Sunday, October 24, 2010

2 Gangsa di Pesta Sukan MPP MBSA

Stadium Melawati, 24 Oktober: Tirai pesta sukan MPP/Pebt Majlis Bandaraya Shah Alam pada tahun ini baru sahaja dilabuhkan. Tahniah kepada yang berjaya dan yang kurang berjaya boleh cuba ditahun hadapan. Beberapa sukan telah dipertandingkan seperti futsal, badminton, takraw, bola tambar, catur, bola jaring dan tarik tali.
Bagi Zon 14, cuma berjaya memperolehi gangsa bagi acara sukan badminton dan futsal wanita. Ini merupakan permulaan yang baik bagi Zon 14 dan yang pasti persediaan awal perlu dilakukan bagi menggondol banyak pingat pada masa akan datang. Johan keseluruhan bagi pesta sukan kali ini dimenangi oleh Zon 6 manakala Naib Johan dimenangi oleh Zon 10. Majlis penutup disempurnakan sendiri oleh Datuk Bandar Shah Alam Dato' Mazalan bin Md. Noor beserta ahli-ahli majlis MBSA.
Badminton ketiga: Faizal menerima hadiah daripada ahli majlis
Futsal Wanita ketiga





Peserta badminton Zon 14 yang hadir ke majlis penutup

Muriza Pengerusi PeBT Zon 6 menerima hadiah piala pusingan Johan Keseluruhan Pesta Sukan pada tahun ini daripada Datuk Bandar Shah Alam