Wednesday, July 21, 2010

SPIES Belia di Jeram


PeBT Zon 14 telah menghantar 2 peserta ke SPIES Belia anjuran SUK Kerajaan Negeri Selangor pada 17-18 Julai yang lalu di Warisan Sembilang, Jeram. Program 2 hari 1 malam ini menerapkan konsep Kerohanian, Fizikal, Intelektual, Emosi dan Sosial selari dengan kehendak kewujudan SPIES itu sendiri.

Antara sesi yang diikuti oleh peserta ialah Pemecah Bendungan, Pengenalan Umum SPIES (Apa itu SPIES?), Kenali Diri (Spiritual), Hidup Bertenaga (Physical), Apa Yang Kau Semai, Itu Yang Kau Tuai (Intelectual), Mengurus Emosi (Emosi ), Hidup MEMBERI (Social) disamping kuliah selepas waktu solat, riadah, Qiamullail dan LDK.


Rata-rata peserta yang hadir sangat gembira dengan program yang dijalankan dan mengharapakan lebih banyak program seperti ini diadakan untuk ana muda.

No comments:

Post a Comment