Sunday, July 11, 2010

Badminton No 3

Seksyen 17: Pada 10 Julai (Sabtu) berlangsung perlawanan badminton antara zon di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sempena temasya sukan MPP/PeBT 2010. Zon 14 telah menghantar pasukan badminton bagi bersama-sama memeriahkan temasya kali ini. Perlawana kalah mati ini telah berlangsung di Dewan MBSA Seksyen 17 Shah Alam.
Di peringkat separuh akhir pasukan Zon 14 telah bertemu juara bertahan daripada zon 3 dengan demenangi oleh zon 3 dengan mata 3-1. Format perlawanan kali ini ialah secara berpasukan di mana setiap pasukan perlu menghantar pemain perseorangan lelaki, bergu lelaki, bergu lelaki veteran, bergu perempuan dan bergu campuran.
Pasukan zon 14 telah diwakili oleh Sdr Sazaly Hamidin (perseorangan), Shahril Kamarudin & Muhammad Azin (bergu lelaki), Mohd Yasin & Norhisham (bergu veteran), Sazali & Sharifah Munirah (bergu campuran) dan Deviana & Vysori (bergu perempuan).
Tahniah kepada semua pemain dan pengurus pasukan.

Perlawanan separuh akhir bertemu Zon 3


Pemain sedang memerhatikan perlawanan yang berlangsung

No comments:

Post a Comment