Tuesday, February 7, 2012

Selamat Menempuh Alam Rumahtangga

Kesempatan ini ahlijawatankuasa Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 14 mengucapkan syabas dan tahniah kepada Liana dan pasangannya Hazrul yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 11 Feb 2012 ini. Majlis pernikahan mereka akan berlangsung pada 10 Feb 2012 (Jumaat) di Surau Al Muhtaddin Tmn Desa Kemuning Sek 35 selepas solat Isyak. Liana merupakan Bendahari PeBT Zon 14 yang merupakan seorang yang bergiat aktif dalam PeBT semenjak PeBT diwujudkan. Semoga kasih sayang yang dibentuk kekal hingga akhir hayat dan terus memberi sumbangan terhadap program kemesyarakatan selepas mendirikan rumahtangga.

No comments:

Post a Comment