Sunday, November 14, 2010

Pertemuan Bersama YB Amir


Shah Alam, 27 Oktober: Pengerusi-pengerusi Belia Shah Alam (PeBT) telah mengadakan suatu pertemuan bersama YB Amiruddin selaku Penyelaras Belia Peringkat Bandaraya Shah Alam di Majlis Sukan Negara (MSN).

Antara tujuan pertemuan ini adalah mengetahui status PeBT di peringkat negeri Selangor dan memberi maklum balas terhadap kekangan yang berlaku di zon masing-masing sepanjang perlantikan pada Ogos 2009 sehingga kini.

Semua permasalahan dan cadangan yang diutarakan oleh pengerusi yang hadir akan dipanjangkan oleh YB Amir ke peringkat yang lebih atas untuk diambil tindakan. YB Amir turut berpesan semoga pengerusi-pengerusi terus konsisten memimpin anak muda selaras dengan aspirasi kerajaan negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment