Monday, December 13, 2010

Sekitar Program Jutawan Muda

Perkhidmatan gunting rambut percuma

Aiskrim percuma kepada pengunjung

Tetamu beratur panjang menunggu giliran mendapatkan aiskrim

Penerangan daripada pengusaha aiskrim muslim Lan Tabur Enterprise


Menukar minyak hitam secara percuma

Penerangan mengenai minyak hitam oleh Fahimi (Fahimi Motor Enterprise)

Majlis perasmian disempurnakan oleh Tan Ah Kaw mewakili YB Suhaimi

Pameran daripada Briged Amal Selangor

Peserta khusyuk mendengar penerangan daripada penceramah jemputan

Ahli Majlis Zon 14 En Ganabatirau tutun ke tapak program

Sunday, December 5, 2010

Selamat Menyambut 1432 Hijrah

Kepimpinan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 14 mengucapakan Selamat Menyambut Tahun 1432 Hijrah kepada semua umat Islam. Semoga terus menetapkan zama untuk terus Istiqomah Dalam Islam.


Doa Akhir Tahun perlu dibaca selepas solat Asar 6 Dis 2010 (Isnin) dan Doa Awal Tahun perlu dibaca selepas solat Maghrib 6 Dis 2010 (Isnin). Penuhi masa yang manfaat dengan amalan Ibadat yang disunatkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Wednesday, November 24, 2010

Karnival Selangor Ria Kembali!

Tarikh : 18 - 26 Disember 2010
Tempat : Tempat Letak Kereta Stadium Malawati Shah Alam

"Semua dijemput hadir"


PENYERTAAN SEBAGAI PESERTA PROGRAM JUALAN

Makluman : Penyertaan untuk menjadi peserta program jualan telah ditutup pada 15 November 2010PERTANDINGAN POCO-POCO Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan kategori Bawah 20 Tahun dan Bawah 40 Tahun. Setiap pasukan mempunyai ahli tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih dari 10 orang termasuk seorang pengurus pasukan. Pertandingan akan diadakan pada 20 Disember 2010 jam 10 pagi di tapak karnival. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:

JUARA : RM 1,500.00
NAIB JUARA : RM 1,000.00
KETIGA : RM 800.00

Urusetia : En. Azmir, Seksyen SektoralTelefon : 03-5544 7920 / 7318 / 7145
Tarikh tutup pendaftaran pasukan : 10 Disember 2010 jam 5 petang

PERTANDINGAN MENANGKAP IKAN DALAM LUMPUR

Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan terhad kepada 60 peserta. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang peralatan untuk menangkap ikan (menggunakan anggota badan sahaja). Pertandingan akan diadakan pada 26 Disember 2010 jam 10 pagi di pentas utama tapak karnival. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:

JUARA : RM 1,000.00
NAIB JUARA : RM 800.00
KETIGA : RM 500.00

Urusetia : Seksyen SektoralTelefon : 03-5544 7156 / 7152 / 7487 / 7145
Tarikh tutup pendaftaran pasukan : 10 Disember 2010 jam 5 petang

PERTANDINGAN MENGHASILKAN DODOL

Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara berkumpulan. Peserta perlu menghasilkan 2 kg dodol dengan memasak secara tradisional (menggunakan kayu api atau gas). Pertandingan akan diadakan pada 26 Disember 2010 jam 9.30 pagi di tapak karnival. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:

JUARA : RM 3,000.00
NAIB JUARA : RM 2,000.00
KETIGA : RM 1,000.00

Urusetia : Seksyen SektoralTelefon : 03-5544 7156 / 7152 / 7487 / 7145
Tarikh tutup pendaftaran pasukan : 10 Disember 2010 jam 5 petang

PERTANDINGAN BENDANG SOCCER

Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia, hanya kategori lelaki terbuka sahaja. Pertandingan akan diadakan dari 18 hingga 26 Disember 2010 di tapak karnival. Mesyuarat wajib bersama pengurus pasukan akan diadakan pada 16 Disember 2010 di Bilik Mesyuarat Kekwa, Seksyen Sektoral, Tingkat 5, Bangunan SSAAS, Shah Alam. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:

JUARA : RM 2,000.00
NAIB JUARA : RM 1,500.00
KETIGA : RM 1,000.00
KEEMPAT : RM 500.00

Urusetia : Encik Azmer / Cik Juliana / Cik NorhalinaTelefon : 03-55447487 / 7156 / 7152 / 7318
Tarikh tutup penyertaan : 13 Disember 2010

PERTANDINGAN MENGHIAS KEK

Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 2 orang. Tema hiasan ialah "Selangor Negeri Idaman". Pertandingan akan diadakan pada 23 Disember 2010 jam 10 pagi di tapak karnival. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:

JUARA : RM 1,000.00
NAIB JUARA : RM 800.00
KETIGA : RM 500.00

Telefon Urusetia : 03-55447965 / 7145
Tarikh tutup penyertaan : 21 Disember 2010

PERTANDINGAN MEMASAK KUIH LAPIS

Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 2 orang. Pertandingan akan diadakan pada 22 Disember 2010 jam 10 pagi di tapak karnival. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut :

JUARA : RM 1,000.00
NAIB JUARA : RM 800.00
KETIGA : RM 500.00

Telefon Urusetia : 03-55447965 / 7145
Tarikh tutup penyertaan : 17 Disember 2010

PERTANDINGAN AEROBIKRIA DAN SHUFFLE BARU

Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara individu. Pertandingan diadakan mengikut 3 kategori iaitu:1. Remaja/Belia (18 - 25 tahun)2. Dewasa (26 - 40 tahun)3. Veteran (40 tahun ke atas)Pertandingan akan diadakan pada 25 Disember 2010 jam 10 pagi di tapak karnival. Tempoh pertandingan ialah selama 2 jam. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut :

Tempat pertama : RM 1,000.00
Tempat kedua : RM 750.00
Tempat ketiga : RM 500.00
Tempat keempat : RM 250.00
Tempat kelima : RM 100.00

Telefon urusetia : 03-55447916 / 7921 (En. Johan Sulaiman/Pn. Yusnidah)012 - 3700584 (En. Malik)
Tarikh tutup penyertaan : 25 Disember 2010 jam 9.30 pagi

PERTANDINGAN JALINAN KASIH SUAMI ISTERIPERTANDINGAN KASIH DAN SAYANG IBUPERTANDINGAN NURSERY RHYMES


Borang-borang yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada urusetia berikut :SEKSYEN SEKTORAL TINGKAT 5 BANGUNAN SSAAS 40000 SHAH ALAMTEL: 03-55447145 / 7168 FAX: 03-55447963 / 55196706(PENGHANTARAN BORANG SECARA FAKSIMILI PERLULAH DISUSULI DENGAN PENGESAHAN PENERIMAAN MELALUI TELEFON DENGAN URUSETIA)

Tuesday, November 23, 2010

Badminton Tournament PeBT Zon21

Tournament Date:
11th Dec 2010 (Saturday) & 12th Dec 2010 (Sunday)

Category:
Under 12 (Age 12 and below)
Under 16 (Age 16 and below)
Men’s Double Open (Below 40 years old)
Men’s Double Veteran (Both players must be age 40years or above)

Venue:
Dewan Orang Ramai (Setia Damai, Setia Alam)

Closing Date:
1st December 2010 (Wednesday) before 9:00pm

Entry Fees:
Single Categories: RM 15.00 (per single)
Double Categories: RM 40.00 (per double)

Prizes:
Single Categories
Champion (KX Racquet + Trophy)
1st runner up (KX Racquet + Trophy)
2nd runner up (KX Shoe Bag + Trophy)

Double Categories
Champion (Cash Prize: RM200 + KX Racquet + Trophy)
1st Runner Up (Cash Prize: RM150 + KX Racquet + Trophy)
2nd Runner Up (Cash Prize: RM100 + KX Racquet + Trophy)

Sunday, November 14, 2010

Pertemuan Bersama YB Amir


Shah Alam, 27 Oktober: Pengerusi-pengerusi Belia Shah Alam (PeBT) telah mengadakan suatu pertemuan bersama YB Amiruddin selaku Penyelaras Belia Peringkat Bandaraya Shah Alam di Majlis Sukan Negara (MSN).

Antara tujuan pertemuan ini adalah mengetahui status PeBT di peringkat negeri Selangor dan memberi maklum balas terhadap kekangan yang berlaku di zon masing-masing sepanjang perlantikan pada Ogos 2009 sehingga kini.

Semua permasalahan dan cadangan yang diutarakan oleh pengerusi yang hadir akan dipanjangkan oleh YB Amir ke peringkat yang lebih atas untuk diambil tindakan. YB Amir turut berpesan semoga pengerusi-pengerusi terus konsisten memimpin anak muda selaras dengan aspirasi kerajaan negeri Selangor.

Sunday, October 24, 2010

2 Gangsa di Pesta Sukan MPP MBSA

Stadium Melawati, 24 Oktober: Tirai pesta sukan MPP/Pebt Majlis Bandaraya Shah Alam pada tahun ini baru sahaja dilabuhkan. Tahniah kepada yang berjaya dan yang kurang berjaya boleh cuba ditahun hadapan. Beberapa sukan telah dipertandingkan seperti futsal, badminton, takraw, bola tambar, catur, bola jaring dan tarik tali.
Bagi Zon 14, cuma berjaya memperolehi gangsa bagi acara sukan badminton dan futsal wanita. Ini merupakan permulaan yang baik bagi Zon 14 dan yang pasti persediaan awal perlu dilakukan bagi menggondol banyak pingat pada masa akan datang. Johan keseluruhan bagi pesta sukan kali ini dimenangi oleh Zon 6 manakala Naib Johan dimenangi oleh Zon 10. Majlis penutup disempurnakan sendiri oleh Datuk Bandar Shah Alam Dato' Mazalan bin Md. Noor beserta ahli-ahli majlis MBSA.
Badminton ketiga: Faizal menerima hadiah daripada ahli majlis
Futsal Wanita ketiga





Peserta badminton Zon 14 yang hadir ke majlis penutup

Muriza Pengerusi PeBT Zon 6 menerima hadiah piala pusingan Johan Keseluruhan Pesta Sukan pada tahun ini daripada Datuk Bandar Shah Alam

Tuesday, August 17, 2010

Sekitar Majlis Buka Puasa Bersama YB Dr Siti Mariah

Sekitar Majlis Berbuka Puasa di Surau Al-Mugtaddin Taman Desa Kemuning bersama YB Dr Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja
Ketibaan YB Dr Siti Mariah disambut oleh wakil Muslimat

Antara ahli Qariah Muslimat yang hadir

Golongan bapa menunggu waktu berbuka

Sof kepimpinan Surau Al-Muhtadin bergambar bersama YB Dr Siti Mariah

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al_Mubarak


Kepimpinan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 14 Mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Muslimin & Muslimat di Sekitar Seksyen 34 dan 35 Shah Alam.
Semoga Ramadhan kali ini memberi natijah yang berguna kepada semua

Tuesday, August 3, 2010

Double standards of the modern world!

Rasulullah (sallAllahu alayhi wasalam) bersabda:
"Islam bermula sebagai sesuatu yang asing
dan akan kembali menjadi asing sebagaimana permulaannya,
jadi berilah khabar gembira kepada orang asing itu!"

(Sahih Muslim, #145)






Monday, July 26, 2010

Nisfu Syaaban


Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:

1) Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2) Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman &
pohonlah segala yang baik dan munafaat.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3) Baca surah al-Ikhlas 1000x

4) Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama-nama malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1) Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga.

2) Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw): pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wednesday, July 21, 2010

SPIES Belia di Jeram


PeBT Zon 14 telah menghantar 2 peserta ke SPIES Belia anjuran SUK Kerajaan Negeri Selangor pada 17-18 Julai yang lalu di Warisan Sembilang, Jeram. Program 2 hari 1 malam ini menerapkan konsep Kerohanian, Fizikal, Intelektual, Emosi dan Sosial selari dengan kehendak kewujudan SPIES itu sendiri.

Antara sesi yang diikuti oleh peserta ialah Pemecah Bendungan, Pengenalan Umum SPIES (Apa itu SPIES?), Kenali Diri (Spiritual), Hidup Bertenaga (Physical), Apa Yang Kau Semai, Itu Yang Kau Tuai (Intelectual), Mengurus Emosi (Emosi ), Hidup MEMBERI (Social) disamping kuliah selepas waktu solat, riadah, Qiamullail dan LDK.


Rata-rata peserta yang hadir sangat gembira dengan program yang dijalankan dan mengharapakan lebih banyak program seperti ini diadakan untuk ana muda.

Sunday, July 11, 2010

Badminton No 3

Seksyen 17: Pada 10 Julai (Sabtu) berlangsung perlawanan badminton antara zon di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sempena temasya sukan MPP/PeBT 2010. Zon 14 telah menghantar pasukan badminton bagi bersama-sama memeriahkan temasya kali ini. Perlawana kalah mati ini telah berlangsung di Dewan MBSA Seksyen 17 Shah Alam.
Di peringkat separuh akhir pasukan Zon 14 telah bertemu juara bertahan daripada zon 3 dengan demenangi oleh zon 3 dengan mata 3-1. Format perlawanan kali ini ialah secara berpasukan di mana setiap pasukan perlu menghantar pemain perseorangan lelaki, bergu lelaki, bergu lelaki veteran, bergu perempuan dan bergu campuran.
Pasukan zon 14 telah diwakili oleh Sdr Sazaly Hamidin (perseorangan), Shahril Kamarudin & Muhammad Azin (bergu lelaki), Mohd Yasin & Norhisham (bergu veteran), Sazali & Sharifah Munirah (bergu campuran) dan Deviana & Vysori (bergu perempuan).
Tahniah kepada semua pemain dan pengurus pasukan.

Perlawanan separuh akhir bertemu Zon 3


Pemain sedang memerhatikan perlawanan yang berlangsung

Sunday, July 4, 2010

Sukan Antara Zon MBSA


Sukan antara Zon di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam kini kembali pada 10-11 July 2010. Antara Sukan yang akan dipertandingkan ialah:

a) Badminton - Pengurus: Imran (012-3872046)

b) Bola Jaring - Pengurus: Farhanah (013-6278935)

c) Tarik tali - Pengurus: Manivaran/Hazrul (012-3632271)

d) Sepak Takraw - Ungku Khairul (017-4715898)

e) Catur - Pengurus: Devaraju (012-2385993)

f) Dam Aji - Pengurus: Hj Suria (012-6995773)


Sesiapa yang berminat ingin mewakili Zon 14, bolehlah berhubung dengan pengurus-pengurus pasukan untuk didaftarkan. Tarikh tutup pendaftaran pada 8 Julai 2010 (Khamis)

Monday, June 28, 2010

Dapat Doa Malaikat

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba- hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya.? Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati kerana takut kepada-Nya" ( Al-Anbiyaa' 26-28)
Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat
1) ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.? Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2) ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia.? YaAllah sayangilah ia" (Sahih Muslim no. 469)

3) ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.
Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf - saf terhadapan" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4) ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5) KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yanglalu" (Sahih Bukhari no. 782)

6) ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)